
MBO Cinemas Sdn Bhd memaklumkan pihaknya akan menamatkan operasi secara kekal.
Menerusi satu kenyataan rasmi di Facebook, MBO Cinemas berkata menjadi satu penghormatan besar buat mereka untuk berkhidmat kepada semua penonton selama ini.
"The show is over"
"Pelanggan yang kami kasihi, dengan rasa berat hati, kami ingin membuat pengumuman ini.
"Selepas bertahun-tahun mencipta kenangan yang luar biasa, MBO Cinemas kini akan menamatkan operasi secara kekal.
"Menjadi satu penghormatan terbesar buat kami untuk berkhidmat kepada anda, para penonton setia dan menjadi sebahagian daripada pengalaman sinematik anda.
"Sorakan dan gelak tawa di dalam panggung yang penuh, hinggalah detik sunyi ketika babak menyentuh hati di layar perak, semuanya amat bermakna buat kami," katanya.
Baca juga:
GSC Klang Parade Mall, GSC Heritage Mall Kota Tinggi Tutup Secara Kekal Bermula 1 April
GSC Beri Penjelasan Punca Tiga Panggung Wayang Ditutup
Tambah kenyataan itu lagi, seluruh warga MBO Cinemas mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memenuhi kerusi panggung mereka.
Dalam pada itu, orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang bayaran balik boleh menghubungi pihak MBO menerusi emel customercare@mbocinemas.com.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi PKF Malaysia di pkfcec@pkfmalaysia.com atau 03-6203 1888.





