MBPJ anjur konsert percuma kumpulan Wings 3 Disember 2022

25 Nov 2022 • 11:51 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 25 NOV: Peminat muzik rock jangan lepaskan peluang menyaksikan konsert kumpulan Wings anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 3 Disember ini.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata konsert kumpulan lagenda rock berkenaan diadakan sempena PJ International Folklore Festival! yang ketika ini sedang berlangsung.

“Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Konsert Wings percuma untuk anda semua bermula jam 9.00 malam.

“Sila kongsikan kepada kawan, rakan sekerja, keluarga dan jiran anda untuk hadir ke konsert ini untuk berhibur bersama kumpulan Wings!,” katanya menerusi Facebook.

Konsert itu akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya dan untuk maklumat lanjut layari laman web MBPJ di www.mbpj.gov.my atau Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

image is not available
Poster konsert kumpulan Wings anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ yang akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya pada 3 Disember 2022. Foto Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved