MBPJ laksana projek perintis kawasan bebas tong sampah di Taman Aman

LocalEnvironment
15 Feb 2026 • 9:43 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 15 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melaksanakan projek perintis Kawasan Bebas Tong Sampah di Taman Aman, Seksyen 22 sebagai langkah memperkukuh pengurusan kebersihan taman awam secara lebih mampan dan berkesan.

Inisiatif itu memperkenalkan konsep Bawa Masuk, Bawa Keluar (Carry In, Carry Out) yang menggalakkan pengunjung membawa pulang semula sisa yang dibawa masuk ke taman.

MBPJ memaklumkan pelaksanaan projek berkenaan bertujuan memastikan persekitaran taman sentiasa bersih, teratur dan terpelihara tanpa kebergantungan kepada tong sampah awam.

Menurutnya, pendekatan itu bukan sahaja meningkatkan tahap kebersihan, malah memupuk budaya tanggungjawab bersama dalam kalangan komuniti bagi menjaga kemudahan awam dan memelihara kelestarian alam sekitar.

“Melalui pelaksanaan ini, pengunjung digalakkan mengamalkan konsep Bawa Masuk, Bawa Keluar iaitu setiap sisa yang dibawa masuk hendaklah dibawa keluar semula,” menurut kenyataan itu.

MBPJ turut mengalu-alukan maklum balas orang ramai bagi tujuan penambahbaikan berterusan terhadap projek perintis tersebut.

"Orang awam boleh mengimbas kod Respons Pantas (QR) yang disediakan di lokasi atau menghubungi Jabatan Landskap MBPJ di talian 03-7804 8907 untuk pertanyaan lanjut," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved