MBPJ libatkan NGO, persatuan penduduk dalam operasi tangkap anjing liar

12 Apr 2023 • 7:50 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 12 APRIL: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan mengajak wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk menyertai operasi menangkap anjing liar bagi memastikan proses itu lebih telus.

Unit Komunikasi Korporatnya berkata pihaknya juga menetapkan kakitangan yang menjalankan operasi tersebut perlu memakai kamera badan bagi merakam gambar operasi sebagai rekod untukpegawai atasan.

“Selain itu, bagi operasi berisiko tinggi ia akan dijalankan secara bersepadu dengan pihak polis bagi memastikan operasi penguatkuasaan dibuat secara telus.

“Ini antara syor penambahbaikan tatacara dan kaedah melaksanakan operasi menangkap anjing liar yang dibuat jawatankuasa siasatan dalaman MBPJ,” katanya menerusi kenyataan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan pihaknya akan mengenal pasti tahap risiko operasi sebelum menentukan kaedah penguatkuasaan yang akan dilaksanakan.

MBPJ berkata penambahbaikan itu susulan insiden kekasaran dan pergelutan melibatkan penguat kuasa dengan orang awam dalam operasi menangkap anjing liar dekat Taman Kanagapuram, Seksyen 18, Petaling Jaya tular di media sosial pada 22 Mac lalu.

Dalam kejadian itu, lelaki warga emas terbabit terkena batang rod menangkap anjing yang digunakan dalam operasi menyebabkan lelaki berkenaan membuat laporan polis mendakwa dikasari kakitangan MBPJ.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved