MBPJ peruntuk RM900,000 naik taraf Urban Park, realisasi bandar rendah karbon

25 Oct 2024 • 8:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PETALING JAYA, 25 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperuntuk RM900,000 untuk menaik taraf Urban Park 1, di sini pada tahun depan.

Datuk Bandarnya Mohamad Zahri Samingon berkata projek tersebut antaranya laluan pejalan kaki, ruang pelbagai guna, tandas awam, pengindahan dan sistem saliran dilaksanakan di kawasan seluas kira-kira 4.9 hektar.

“Program di bawah Rejuvenasi Taman Rakyat akan bermula tahun depan. Usaha ini seiring tema bandar rendah karbon bagi memastikan penduduk menikmati taman yang lebih indah dan terurus” katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan majlis serahan sumbangan Deepavali kepada kaum India kurang berkemampuan sekitar Petaling Jaya di Ibu Pejabat MBPJ di sini, semalam.

Jelasnya, pembangunan di Urban Park 1 itu turut menumpukan keperluan ekologi, biodiversiti tapak dan kehendak pemegang taruh secara berfasa bermula 2025 hingga 2027.

“Tahun depan, MBPJ akan lebih tertumpu kepada peranan asas pihak berkuasa tempatan antaranya seperti menaik taraf longkang, tandas dan pelbagai lagi demi keselesaan penduduk,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved