MBPJ sumbang baucar beli keperluan sekolah kepada 60 keluarga B40

28 Feb 2023 • 6:04 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH AZIAN AZIZ

PETALING JAYA, 28 FEB: Sebanyak 60 keluarga berpendapatan rendah (B40) dalam kawasan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) menerima baucar membeli keperluan sekolah seperti pakaian seragam, kasut dan alat tulis bernilai RM300 setiap keluarga.

Sekretariat Media Unit Komuniti Korporat MBPJ dalam kenyataan berkata pemberian baucar melalui program ‘Jom Shopping Kembali Ke Sekolah’ diadakan di Pasar Raya Besar Mydin Subang Jaya pada 25 Februari lalu.

“Pemberian sumbangan ini bertujuan meringankan beban penduduk berpendapatan RM2,000 ke bawah dan mempunyai tanggungan anak bersekolah yang ramai.

“Program ini merupakan tanggungjawab sosial MBPJ kepada komuniti setempat,” katanya.

Kenyataan itu memberitahu kesemua penerima sumbangan merupakan penduduk berdaftar di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, Lembah Subang, Petaling Jaya Selatan, Desa Mentari dan kawasan lain.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved