MBSA anjur kursus asas bahasa Inggeris, tingkat kemahiran komunikasi

18 Jun 2024 • 1:49 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 18 JUN: Warga Shah Alam dipelawa menyertai kursus asas bahasa Inggeris anjuran Jabatan Pembangunan Komuniti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Agensi itu memaklumkan inisiatif dengan kerjasama Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu terhad kepada 30 penyertaan.

Berlangsung di Pusat Konvenysen MBSA, yuran RM20 dikenakan kepada setiap peserta membabitkan tempoh kursus selama tiga bulan bermula 29 Jun hingga 10 Ogos.

“Pemohon mestilah berumur 18 hingga 30 tahun dan boleh memberi komitmen penuh sepanjang program dijalankan.

“Kursus ini bagi membantu anda meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan lebih baik,” katanya di Facebook.

Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh diperoleh menerusi pautan https://shorturl.at/YPCAw.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved