Tawaran geran RM2,000 sertai kursus percuma asuhan kanak-kanak

18 Jun 2024 • 12:09 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 18 JUN: Pengasuh kanak-kanak dari rumah sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang dipelawa menyertai Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak secara percuma.

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) memaklumkan penyertaan kursus asas asuhan kanak-kanak selama dua hari bermula 29 Jun ini terhad kepada 50 pengasuh.

Menurut agensi itu, insiatif bawah program Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Impak) Selangor itu turut menawarkan geran bernilai RM2,000 kepada pengasuh terpilih.

“Jika anda pengasuh di rumah, berusia 18 tahun ke atas, pengundi Selangor dan tidak pernah menghadiri kursus pengasuhan mana-mana jabatan sertailah program ini,” katanya menerusi Facebook.

Maklumat lanjut dan borang pendaftaran boleh diperoleh menerusi pautan https://bit.ly/daftarKIPK.

Sebelum ini Pengurus Besar Yawas, Gan Pei Nei menyasarkan 1,000 pengasuh dari rumah disasar menerima latihan di bawah program Impak Selangor yang menumpu kepada ilmu dan kemahiran berkaitan keselamatan, kesihatan dan kebersihan.

Antara modul kursus ditawarkan termasuk perundangan, asas perniagaan, pengurusan dan penjagaan bayi serta pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Selain iu pemakanan sihat dan seimbang, pengurusan keselamatan dan asas pertolongan cemas serta pengurusan krisis dan keselamatan siber.

image is not available

image is not available

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved