MBSA arah tapak pembinaan jadi tempat pembiakan nyamuk ditutup

3 Feb 2023 • 10:48 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 3 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menutup sebuah tapak pembinaan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk dalam satu operasi di Seksyen U8 kelmarin.

Jabatan Kesihatan Persekitarannya berkata operasi di lokasi terbabit dihentikan serta-merta selain kontraktor diarahkan melakukan pembersihan.

“Arahan penutupan dikeluarkan untuk memberhentikan akiviti binaan dan kontraktor diarahkan untuk menjalankan aktiviti pembersihan serta kawalan nyamuk secara berkala,” katanya di Facebook.

Tambahnya, kawasan pembinaan merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes demam denggi.

“Pemaju dan kontraktor dinasihatkan agar peka dalam memastikan kawasan pembinaan bebas tempat pembiakan serta menjalankan aktiviti kawalan nyamuk dengan konsisten,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved