MBSB Bank lancar M Journey Corporate

Business & Finance
10 Sep 2023 • 2:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MBSB Bank dan rakan kongsi perniagaannya; Elken Sdn Bhd, Islamic Relief Malaysia, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan and PKNS Real Estate Sdn Bhd dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd.

image is not available
Jesleigh

MBSB Bank Berhad memperkenalkan M Journey Corporate sebuah platform yang menyediakan kemudahan perbankan digital kepada pelanggan korporat selain perkhidmatan kepada perniagaan menerusi Rumusan Pengurusan Tunai baharu.

M Journey Corporate memudahkan perkhidmatan perbankan korporat berkecekapan tinggi dengan perniagaan boleh melakukan pelbagai transaksi, melaksanakan pembayaran tunggal dan pukal, menyepadukan terus antara sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) korporat dan platform perbankan, pemantauan pembayaran, kutipan dan penyelarasan penyata bank.

Beberapa ciri tambahan M Journey termasuklah Secure File Transfer Protocol (SFTP) dan penempat deposit berjangka yang disertakan dengan kadar yang kompetitif.

Ketua Pegawai Operasi MBSB Bank, Jesleigh Johari berkata, pihaknya sentiasa mengambil tahu keperluan pelanggan korporat mereka.

**media[2340151]**

Jelasnya, melalui penyelidikan pasaran dan analisis data kami dapat membangun dan melancarkan M Journey Corporate yang menumpukan pada penyediaan kecekapan dan meminimumkan proses operasi manual.

“Kami yakin bahawa M Journey Corporate menyediakan fleksibiliti dan skala yang boleh digabungkan dalam infrastruktur pembayaran yang disesuaikan untuk perubahan pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada majlis pelancaran M Journey Corporate, MBSB turut mengumumkan penyertaan syarikat yang mendaftar ke platform digital yang baru diaktifkan.