MBSJ sedia RM556,000 beli aset tambahan urus sisa pascabanjir

27 Oct 2022 • 6:02 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SUBANG JAYA, 27 OKT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memperuntuk RM556,000 sebagai persediaan pengurusan pascabanjir jika bencana itu melanda dalam tempoh terdekat.

Datuk Bandar Subang Jaya berkata peruntukan itu akan digunakan untuk membeli peralatan dan menyewa lori besar bagi mengutip sampah serta jentolak sebagai tambahan kepada aset sedia ada.

“Ketika banjir tahun lalu, kita alami kekangan untuk pengurusan pascabanjir mengakibatkan kerja mengeluarkan sampah agak lambat (sekali gus) menghasilkan bau tidak menyenangkan.

“Jadi kita menerima beberapa aduan dan teguran ketika itu. Tahun ini kita lebih bersedia untuk pengurusan pascabanjir sekiranya ia berlaku,” kata Dato’ Johary Anuar dalam sidang media hari ini.

Bercakap selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBSJ di sini, beliau menjelaskan MBSJ turut menyediakan dana khas bencana RM50,000 jika musibah itu berlaku.

“Peruntukan ini bagi kerja-kerja segera bantuan awalan (bukan projek) sekiranya berlaku sebarang bencana seperti banjir dan tanah runtuh,” katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved