MCA sedar tidak dihormati UMNO- AMK

LocalPolitics
25 Oct 2026 • 11:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: MCA sedar tidak dihormati UMNO- AMK
Laporan Sinar Harian dan Danish (kanan)

KUALA LUMPUR – Tindakan MCA keluar beramai-ramai sebagai tanda protes pada pengumuman calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 menunjukkan parti itu sedar tidak lagi dihormati oleh rakan gabungannya, UMNO.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, UMNO dilihat terlalu mengejar keuntungan politik jangka pendek menerusi kemungkinan kerjasama dengan Pas sehingga mengabaikan MCA dan MIC.

"Jelas sekali, UMNO terlalu teruja dengan kemungkinan memperoleh keuntungan politik jangka pendek melalui kerjasama dengan Pas sehingga langsung tidak menghiraukan MCA dan MIC.

"Perkara ini turut menimbulkan persoalan sama ada mana-mana kerajaan gabungan yang melibatkan UMNO dan Pas akan mengetepikan suara serta kepentingan golongan minoriti begitu sahaja," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini media melaporkan MCA tidak akan mengiktiraf mana-mana calon parti itu yang diumumkan BN bagi PRN Melaka tanpa mendapat persetujuan kepimpinan tertinggi.

Danish berkata, kedudukan MCA dan MIC dalam politik negara juga menjadi persoalan apabila kedua-dua parti itu secara keseluruhannya hanya mempunyai tiga kerusi di Dewan Rakyat selain tidak memegang sebarang jawatan menteri.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved