McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Kepada Dana Kemanusiaan Palestin

18 Oct 2023 • 9:57 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

McDonald’s Malaysia sumbang RM1 juta kepada Palestin

McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Kepada Dana Kemanusiaan Palestin. Demi menyahut seruan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, McDonald’s Malaysia menyumbang RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin sebagai tanda sokongan terhadap mereka yang terjejas akibat konflik di Gaza.

Pengesahan itu dibuat McDonald’s Malaysia menerusi kenyataan mereka semalam di laman Facebook rasmi mereka.

image is not available
Sumber: facebook

Menyahut seruan PMX

Menurut McDonald’s Malaysia, tindakan tersebut selaras dengan hasrat murni kerajaan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, minggu lepas.

“Usul Perdana Menteri untuk memperuntukkan RM10 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin adalah sejajar dengan komitmen kami untuk menyokong mereka yang terjejas akibat konflik di Gaza.

Untuk menyokong misi bantuan kemanusiaan di Gaza dan berharap memberi impak yang besar kepada rakyat Palestin

“Lantaran itu, McDonald’s Malaysia berganding bahu bersama kerajaan dalam menyokong pendanaan ini dengan harapan supaya membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi masa yang sukar,” jelasnya menurut sumber.

Tambahnya, pemberian sumbangan itu ke Dana Kemanusiaan Palestin adalah untuk menyokong misi bantuan kemanusiaan di Gaza. Ia meliputi bantuan dari segi perubatan, makanan, tempat tinggal dan bantuan pemindahan sekiranya diperlukan oleh pasukan penyelamat.

Selain sumbangan tersebut, McDonald’s Malaysia juga menggalakkan pekerja-pekerjanya dari seluruh negara untuk menyertai usaha pengumpulan dana. Mereka turut berharap usaha ini akan memberi impak yang bermakna dalam kehidupan mereka yang terkesan di Gaza.

Baca juga artikel yang berkaitan: