
Bersama kita menyumbang kepada Tabung Kecemasan Misi Kemanusiaan Palestin
Umat Islam Di Sarawak Diseru Untuk Menyumbang Kepada Palestin Jumaat Ini. Majlis Islam Sarawak menyeru umat Islam di Sarawak untuk menyumbangkan dana kepada Musaadah Tabung Kecemasan Misi Kemanusiaan Kepada Rakyat Palestin bagi membantu mereka yang terkesan di Gaza.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Majlis Islam Sarawak, sumbangan tersebut boleh dilaksanakan melalui Sadaq Jumaat di Masjid dan Surau Berjumaat di seluruh Sarawak pada Jumaat ini.

Dalam pada itu, setiausaha Majlis Islam Sarawak, Datuk Khalidi Ibrahim turut menyatakan dalam pekeliling itu bahawa semua Lembaga Amanah Kebajikan atau Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau Berjumaat dikehendaki melaksanakan kutipan berkenaan.
Kutipan berkenaan akan disalurkan melalui cara berikut
Selain itu, kutipan tersebut yang akan disalurkan kepada Majlis Islam Sarawak melalui kaunter Tabung Baitulmal Sarawak terdekat atau akaun Bank RHB Islamic Berhad Tabung Baitulmal Sarawak 26121750000309.
“Sila maklumkan dan kemukakan salinan resit pembayaran bank kepada Pejabat Agama Islam bahagian masing-masing untuk tujuan rekod,” tambahnya lagi menurut kenyataan tersebut.


