MCE jalin kerjasama sokong pengeluaran tempatan Chery Malaysia

LocalBusiness & Finance
14 May 2025 • 3:06 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MCE jalin kerjasama sokong pengeluaran tempatan Chery Malaysia

image is not available

14/05/2025 - 15:06

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 14 Mei - MCE Holdings Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya, Multi-Code Electronics Industries Berhad, membentuk kejasama dengan Cheling Smart Mobility Technology (Wuhu) Co, Ltd dan Wuhu Atech Automotive Electronics Co Ltd bagi menyokong pengeluaran tempatan Chery Malaysia.

Kerjasama itu merangkumi pengeluaran alat ganti kereta secara tempatan, perkongsian teknologi dan kepakaran, serta memastikan produk yang dihasilkan menepati standard kualiti Chery.

Selain itu, semua pihak juga komited untuk melatih dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan, selain bersetuju melabur bersama dalam peralatan dan kemudahan bagi menyokong proses pengeluaran.

Pengarah Urusan Kumpulan MCE, Dr. Goh Kar Chun berkata, kerjasama berkenaan menunjukkan komitmen pihaknya untuk membantu pengeluar kereta menyesuaikan pengeluaran di peringkat tempatan.

"Dengan pengetahuan tempatan yang mendalam dan keupayaan yang terbukti, kami bersedia membantu pemain global untuk berkembang di Malaysia, sambil menyumbang kepada rantaian bekalan yang lebih kukuh dan berdaya saing," katanya dalam satu kenyataan.

Sebanyak dua Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani semasa acara Chery Premier Supply Chain Synergy Day yang berlangsung di ibu pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini, hari ini.

MCE merupakan pengeluar peralatan asal (OEM) utama dalam kejuruteraan, reka bentuk dan pembuatan elektronik automotif serta komponen mekatronik untuk pasaran Malaysia dan serantau. - DagangNews.com

standard