McGregor kembali semula ke Las Vegas

14 Apr 2024 • 10:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Conor McGregor Foto: Agensi

PETINJU Conor McGregor akan kembali ke gelanggang menentang Michael Chandler di Las Vegas pada 29 Jun depan.

Presiden Ultimate Fighting Championship (UFC), Dana White berkata, pertarungan welterweight itu akan menjadi tumpuan utama di UFC 303, tiga tahun selepas McGregor patah kaki kiri semasa menentang Dustin Poirier.

Sebagai rekod, petinju Ireland itu (22-6) tidak bertarung sejak mengalami kecederaan itu yang juga merupakan kekalahan TKO kedua berturut-turut kepada Poirier pada Julai 2021.

Kecederaan tersebut menyaksikan bekas juara kelas featherweight dan lightweight UFC berkenaan perlu menjalani pembedahan.

View Original Article