“Mcm cendol” – Orang Ramai Terhibur Tengok Cara Kedai Ini Hidang Teh Ais Mangkuk

Entertainment
4 Aug 2024 • 1:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang yang selalu lepak dekat restoran atau kedai mamak mesti pernah order minuman dalam mangkuk. Lagi-lagi kalau nak lepak lama, minuman dalam mangkuk memang kuantitinya lebih banyak berbanding yang dalam gelas.

Sebenarnya, minuman dalam mangkuk ni adalah minuman yang dibungkus dan dihidangkan dalam plastik bersama mangkuk supaya terletak dan terjatuh.

Tapi bila kedai atau restoran tak pernah hidang minuman dalam mangkuk, jadilah macam video @leothriftt di bawah ni. Dah macam cendol dah min tengok.

Macam cendol

Min tengok video ni sampai berdekah. Tak boleh salahkan pekerja kedai makan tu jugak, mungkin pertama kali dapat order macam tu. Konsep dia macam betul, tapi salah juga pada masa yang sama.

image is not availableSekali pandang memang ingatkan mi segera. Iye lah, kalau kita order teh ais mangkuk, dapatnya macam lain. Sepatutnya dihidang dalam plastik dan diletakkan dalam mangkuk.

image is not availablePemahaman betul dah teh ais dalam mangkuk. Tapi execution salah pulak. Memang lari terus dari konsep asal.

image is not availableSelalu yang hidang dalam mangkuk ni cendol je. Biasanya akan makan hirup-hirup dengan sudu. Tapi ni teh ais, lain dari cendol tau.

image is not availableIni kalau letak bijirin sarapan memang kena lah. Baru best layan rangup-rangup dengan susu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.