“Mcm mana nak makan” – Pelancong Korea Order Roti Tisu Dekat Kedai Mamak Buat Netizen Geli Hati

Entertainment
16 Mar 2024 • 1:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kedai mamak menyediakan pelbagai juadah untuk kita pilih. Dari roti sampai lah ke makanan bergoreng, you name it, you got it. Itulah yang seronoknya bila nak makan di kedai mamak. Korang dekat kedai mamak selalu order apa?

Cakap pasal order apa ni, untuk korang yang tak familiar dekat kedai mamak baru, min cadangkan baik korang tengok menu dia dulu. Sebab nanti kalau silap order, akan jadi macam geng pelancong Korea dalam video @anthraxxx781 di bawah ni. Nah korang tengok sendiri lah roti tisu sampai 5 dipesannya, entah macam mana lah dorang nak makan tu.

 

Macam mana nak makan

Aduhai berdekah min tengok video ni. Lagi-lagi tengok reaksi setiap seorang dari geng pelancong ni, memang jujur betul. Mungkin sebab terkejut dan tak sangka makanan yang diorder tinggi macam tu.

image is not availableIni kalau order roti tisu KLCC memang 10 lah sampai atas meja. Itu belum kira jambatan dia lagi tau. Memang buat jadi content kelakar je lah nampaknya.

image is not availableKena cari siapa yang tolong order untuk dorang semua ni. Memang parah lah kalau nak kenakan member macam ni. Tapi min terhibur lah tengok reaksi dorang bila makanan tu sampai, masing-masing ternganga.

image is not availableUntuk korang yang nak cari apa nama show ni, boleh lah copy and paste ayat ni. Tapi itulah, takde subtitle pulak 니돈내산 독박투어 말레이시아.

Korang boleh tengok full dibawah atau klik SINI

image is not available

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.