“Mcm vibranium Wakanda” – Malaysia Bakal Bangunkan Graphene, Bahan Yang 200 Kali Ganda Lebih Kuat Dari Logam

Entertainment
7 Aug 2022 • 2:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang mungkin pernah dengar nama Vibranium, satu bahan yang dikatakan lebih kuat dari logam dari negara fiksyen Wakanda dalam siri Marvel kan. Kalau min cakap Malaysia bakal bangunkan bahan yang lebih kurang macam Vibranium tu korang percaya tak?

Haa.. sebenarnya negara kita bakal jadi macam Wakanda dalam cerita Black Panther tu dengan penghasilan Graphene. Korang boleh terus baca untuk tahu apa itu Graphene.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Untuk pengenalan, graphene dihasilkan menggunakan sisa isi kelapa sawit dan adalah satu karbon setebal atom yang tersusun dalam bentuk heksagon. Graphene dianggap satu bahan ajaib kerana pelbagai ciri menarik yang dimilikinya.

Antara ciri graphene adalah, kalis api, 200 kali ganda lebih kuat berbanding logam, sangat ringan, konduktor haba yang baik dan boleh digunakan untuk pelbagai industri.

image is not availableGraphene mula ditemui oleh saintis dari University of Manchester pada tahun 2004 oleh Andre Geim dan Kostya Novoselov. Hasil penemuan menakjubkan mereka, kedua-dua saintis ini telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang Sains.

image is not availableimage is not availableDengan hamparan ladang kelapa sawit di beberapa negeri di Malaysia, kita akan membangunkan bahan ini dalam skala yang besar bagi memenuhi kehendak pasaran dunia. 60 tan graphene boleh dihasilkan dalam masa setahun dengan menggunakan 30,000 tan sisa isi kelapa sawit.

Siapa sangka sisa kelapa sawit yang banyak di Malaysia boleh menghasilakan bahan yang kuat dari logam kan. Harap dengan penemuan dan usaha untuk bangunkan bahan ini secara besar-besaran di Malaysia mampu membantu ekonomi setempat.

Sumber: Richard Kerr

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.