MCMC hormati keputusan mahkamah berhubung kes Telegram

LocalPolitics
11 Sep 2025 • 4:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MCMC mengambil maklum dan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis berhubung permohonan MCMC mendapatkan perintah injunksi sementara dalam kes sivil melibatkan aplikasi Telegram.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil maklum dan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis berhubung permohonan MCMC mendapatkan perintah injunksi sementara dalam kes sivil melibatkan aplikasi Telegram.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan mahkamah telah mengeluarkan perintah injunksi larangan sementara yang melarang pihak defendan termasuk pentadbir akaun Edisi Siasat, Edisi Khas dan pihak Telegram daripada menerbitkan, menyebarkan atau mengulang siar kandungan yang dipertikaikan sebagaimana dinyatakan dalam tuntutan MCMC.

"Keputusan ini selaras dengan peranan MCMC di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk melindungi kepentingan pengguna dan memastikan platform digital tidak disalahgunakan,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan pihaknya akan terus memantau pematuhan terhadap perintah berkenaan manakala isu-isu lain yang terkandung dalam tindakan undang-undang akan diputuskan pada perbicaraan penuh kelak.

"MCMC kekal komited memastikan ruang digital di Malaysia lebih selamat agar rakyat tidak terdedah kepada penipuan, kandungan berbahaya dan ancaman penyalahgunaan,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved