MCMC Jalankan Siasatan ‘Aksi Tepuk Punggung’, Kak KM Berdepan Hukuman Penjara

Entertainment
17 Jun 2022 • 11:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video pengasas produk Liana Rosli bersama seorang selebriti dan pengasas produk lain telah mendapat perhatian netizen kerana ia disifatkan sebagai satu perbuatan jelik di media sosial.

Berikutan dengan banyak aduan daripada orang ramai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius dan akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan pemeriksaan bagi tujuan siasatan terhadap ketiga-tiga individu terbabit di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, semalam.

 

Berdepan hukuman penjara setahun

Lapor Harian Metro, siasatan lanjut kini masih dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

image is not available

Sehubungan itu, orang ramai khususnya selebriti yang mempunyai pengaruh di dalam masyarakat seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan peka untuk tidak memuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.