MCMC jumpa platform media sosial minggu depan, bincang eKYC: Fahmi

LocalTechnology
15 Oct 2025 • 6:57 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

SIPITANG - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan pertemuan dengan syarikat platform media sosial, minggu depan berhubung pelaksanaan proses pengesahan identiti pengguna atau electronic Know Your Customer (eKYC).

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, pertemuan itu merupakan langkah penting bagi memastikan kanak-kanak bawah umur 13 tahun tidak memiliki akaun.

Ia susulan langkah Malaysia yang bakal mewajibkan semua platform media sosial melaksanakan proses eKYC bagi memastikan kanak-kanak bawah umur 13 tahun tidak memiliki akaun.

“Sewaktu saya bertemu dengan wakil platform media sosial bulan lalu, saya telah memberikan mesej kepada mereka bahawa di Malaysia, kita akan mewajibkan platform-platform media sosial melakukan pengesahan identiti terutama untuk memastikan kanak-kanak bawah usia 13 tahun tidak memiliki akaun.

“Cuma exact timeline saya akan lapor kepada Jemaah Menteri dulu, baru saya akan umumkan,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan NADI on Wheels atau NOW di Dewan Undangan Negeri Sindumin di Sipitang, hari ini.

Jelas Fahmi, selain isu kanak-kanak, proses eKYC juga penting bagi membanteras kegiatan penipuan dalam talian dan penyebaran kandungan berbahaya seperti judi serta iklan palsu.

“Banyak platform disalahgunakan oleh penjenayah untuk tujuan scam.

“Semalam, dalam Parlimen saya ada menjawab soalan… ada angka yang menggerunkan… 78 peratus daripada semua kandungan scam yang telah diturunkan itu adalah daripada Facebook,” katanya. - 15 Oktober, 2025

The post MCMC jumpa platform media sosial minggu depan, bincang eKYC: Fahmi appeared first on Scoop.