MCMC Kenal Pasti Suspek Menyamar Doktor Bedah Zara Qairina

LocalPolitics
19 Aug 2025 • 4:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya mengenal pasti individu yang menyamar sebagai doktor bedah dalam proses bedah siasat kematian Allahyarhamah Zara Qairina.

Supsek berjaya dikenal pasti

image is not available

Foto: Kosmo

Menurut MCMC, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa suspek bukan seorang pakar patologi dan polis juga telah mengambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi serta peranti komunikasinya dirampas bagi tujuan analisis siasatan lanjut.

“Suspek dikesan berdekatan Kota Damansara lewat malam semalam, hasil maklumat daripada rakaman keterangan dua individu lain yang menyertai siaran langsung TikTok di akaun berkenaan.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk proses merakam keterangan,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Dalam pada itu, MCMC menegaskan bahawa penyebaran maklumat palsu mengenai isu sensitif seperti kematian, tragedi atau mangsa nahas adalah satu kesalahan serius yang boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa, mengelirukan orang ramai dan mengganggu siasatan pihak berkuasa.

image is not available

Foto: liveatpc

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Untuk info, kes disiasat oleh polis di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta 588.

Sumber: Facebook MCMC