Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal mengetatkan garis panduan pendaftaran kad SIM prabayar di Malaysia, yang dijangka mula dilaksanakan pada suku pertama tahun depan. Memetik laporan daripada Berita Harian, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, menjelaskan bahawa mengikut garis panduan sejak 2017, setiap individu dibenarkan mendaftar sehingga lima nombor prabayar bagi setiap syarikat telekomunikasi. Namun begitu, MCMC kini sedang melaksanakan siasatan awam bagi mencadangkan had baharu — maksimum dua nombor prabayar bagi setiap telco untuk warganegara Malaysia. Beliau menjelaskan langkah itu diambil bagi mengurangkan penyalahgunaan kad SIM prabayar yang sering digunakan untuk mendaftar akaun media sosial palsu bagi tujuan penipuan, penyebaran maklumat palsu dan juga ugutan. Sekadar gambar hiasan Artikel lain: MCMC tegaskan tiada akses kepada data peribadi dalam projek statistik MPD Langkah ini dilihat sebagai usaha serius kerajaan dalam memastikan ekosistem digital negara lebih selamat serta bebas daripada aktiviti penyalahgunaan identiti dan jenayah siber.Panduan daftar kad sim baru
“Ini bermaksud, seseorang boleh mempunyai lima nombor daripada Maxis, lima daripada Celcom, lima daripada Digi, lima daripada U Mobile dan lima daripada YTL, menjadikan jumlah yang agak besar untuk satu individu,” katanya.

Garis panduan pendaftaran kad sim baru, warganegara & warga asing
“Bagi warga asing, mereka hanya akan dibenarkan memiliki dua nombor prabayar sahaja, tanpa mengira syarikat telco mana yang digunakan,” tambah Nie Ching ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

“Siasatan awam ini dijangka selesai hujung November dan MCMC menyasarkan garis panduan baharu dapat dikuatkuasakan pada suku pertama tahun depan,” ujarnya.

