MCMC mulakan rundingan awam cadangan kerangka peraturan tangani SPAM

LocalTechnology
13 Aug 2025 • 1:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kerangka peraturan berkenaan bertujuan memperkukuh perlindungan pengguna

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Rabu memulakan rundingan awam selama dua minggu mengenai cadangan Kerangka Peraturan bagi Pesanan Elektronik Komersial Tidak Diingini (UCEM) atau lebih dikenali spam.

Menurut MCMC, inisiatif berkenaan selaras dengan Seksyen 233A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang diperkenalkan melalui pindaan perundangan yang diwartakan pada Februari tahun ini.

"Kerangka peraturan berkenaan bertujuan memperkukuh perlindungan pengguna, menggalakkan amalan pemasaran digital lebih selamat dan dipercayai.

"Selaras dengan peruntukan baharu itu, MCMC sedang merangka perundangan subsidiari bagi mewujudkan struktur kawal selia yang jelas, utuh dan berkesan untuk menangani peningkatan penghantaran UCEM,” menurut kenyataan MCMC.

Menurut MCMC, rundingan awam itu mengundang maklum balas pelbagai pihak berkepentingan termasuk pemain industri, pertubuhan masyarakat sivil, kumpulan pengguna, pembuat dasar dan orang awam.

Justeru, MCMC menjemput semua pihak untuk meneliti dokumen rundingan dan mengemukakan pandangan terhadap pendekatan kawal selia yang dicadangkan sepanjang tempoh rundingan berlangsung pada 13 hingga 5 petang, 27 Ogos ini.

"Inisiatif ini mencerminkan komitmen MCMC terhadap proses pembentukan dasar yang telus, inklusif, konsultatif dan berasaskan bukti,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut dan mengakses dokumen rundingan, boleh melayari https://www.mcmc.gov.my/en/media/announcements/public-consultation-on-unsolicited-commercial-ele - Bernama 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved