MCMC lancar rundingan awam tangani spam pesanan elektronik

LocalTechnology
13 Aug 2025 • 3:42 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan Rundingan Awam selama dua minggu mengenai cadangan Kerangka Peraturan bagi Pesanan Elektronik Komersial Tidak Diingini (UCEM) atau spam.

Inisiatif ini selaras dengan Seksyen 233A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang dipinda pada Februari lalu.

Kerangka peraturan ini bertujuan memperkukuh perlindungan pengguna dan menggalakkan pemasaran digital yang lebih selamat.

MCMC sedang merangka perundangan subsidiari bagi mewujudkan struktur kawal selia yang jelas dan berkesan.

Rundingan Awam ini mengundang maklum balas daripada pemain industri, pertubuhan masyarakat sivil, dan orang awam.

MCMC menjemput semua pihak meneliti dokumen rundingan dan mengemukakan pandangan sebelum 27 Ogos ini.

Proses ini mencerminkan komitmen MCMC terhadap pembentukan dasar yang telus dan inklusif.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi MCMC. - Bernama