MCMC, PHI jalin kolaborasi strategik perkukuh penyampaian kerajaan

LocalBusiness & Finance
25 Jul 2026 • 6:27 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MCMC, PHI jalin kolaborasi strategik perkukuh penyampaian kerajaan

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) memeterai kolaborasi strategik dengan Penang Halal International (PHI) menerusi penganjuran Program Madani Kita (PMK).

MCMC memaklumkan, kerjasama tersebut diadakan bersempena penganjuran Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026) yang berlangsung selama tiga hari di Politeknik Seberang Perai bermula semalam.

Katanya, PMK yang diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (Pacu), Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa pendekatan seluruh kerajaan (whole-of-government) dengan menghimpunkan pelbagai kementerian dan agensi Persekutuan di bawah satu bumbung.

“Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan rakyat mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan secara lebih bersepadu, cekap dan mesra pengguna.

“Penganjuran serentak PMK dan PIHEX 2026 ini bukan sahaja memperluaskan akses perkhidmatan, malah membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat serta usahawan tempatan untuk mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan manfaat daripada pelbagai inisiatif kerajaan bersama rakan strategik,” katanya dalam kenyataan.

MCMC berkata, kolaborasi berkenaan jelas mencerminkan komitmen berterusan dalam usaha memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Katanya, langkah itu penting bagi menyokong pembangunan ekonomi setempat, memperluas tahap keterangkuman digital dan memastikan segala manfaat agenda Malaysia Madani dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Sepanjang tiga hari program berlangsung, para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai tawaran perkhidmatan termasuk pemeriksaan kesihatan secara percuma, Jualan Rahmah, Jualan Agro Madani dan mengunjungi pelbagai reruai pameran agensi kerajaan.

Turut memeriahkan acara adalah aktiviti khidmat komuniti, Pertandingan Nadi E-Sukan Madani Legend dan penyediaan kemudahan capaian Wi-Fi percuma yang dibawakan khas menerusi kenderaan Nadi On Wheels (NOW). – UTUSAN

The post MCMC, PHI jalin kolaborasi strategik perkukuh penyampaian kerajaan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved