Video Pementasan 2018 Tular Semula, MCMC Buka Kertas Siasatan

LocalPolitics
19 Sep 2026 • 6:33 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebuah video pementasan yang dirakam pada 2018 kembali mencetuskan perhatian selepas tersebar semula di media sosial sejak Jumaat.

Rakaman berdurasi 45 saat itu didakwa mengandungi kandungan yang menyentuh institusi Raja, Malaysia serta Rukun Negara hingga mencetuskan gesaan supaya tindakan diambil terhadap individu terlibat.

Susulan penularan tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memaklumkan pihaknya telah menerima aduan dan kini membuka kertas siasatan.

Semakan awal mendapati, rakaman tersebut berasal daripada sebuah pementasan pada tahun 2018 yang kini kembali disebarkan di media sosial.- Katanya.

Akaun dan individu sudah dikenal pasti

Mcmc

Menurut MCMC, beberapa akaun media sosial serta individu berkaitan turut dikenal pasti bagi membantu siasatan.

MCMC turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia bagi mengumpul dan meneliti bukti digital berkaitan rakaman serta penyebarannya.

Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau terus menyebarkan video berkenaan kerana perkara itu boleh mengganggu proses siasatan.

Video tersebut sebelum ini dimuat naik di Instagram oleh pengguna The Fever Kinetic Theatre sebelum dikongsi semula menerusi beberapa akaun media sosial.

The post Video Pementasan 2018 Tular Semula, MCMC Buka Kertas Siasatan appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved