MCMC, SPRM perluas kerjasama penguatkuasaan, pencegahan rasuah

LocalPolitics
2 Oct 2026 • 4:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MCMC, SPRM perluas kerjasama penguatkuasaan, pencegahan rasuah

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang penguatkuasaan, pencegahan rasuah dan pemerkasaan integriti menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), hari ini.

Kerjasama itu turut memberi tumpuan kepada usaha mendepani cabaran yang semakin kompleks dalam persekitaran digital, khususnya menerusi perkongsian kepakaran dalam penguatkuasaan, penyiasatan, teknologi digital, pengurusan maklumat dan pencegahan rasuah.

Majlis pertukaran MoU berlangsung di ibu pejabat MCMC melibatkan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman.

Menurut MCMC, menerusi MoU itu, kedua-dua agensi akan memperluas kerjasama dalam pembangunan pengetahuan dan kemahiran melalui program advokasi, latihan, perkongsian ilmu dan pembangunan kapasiti selain memanfaatkan teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI).

Katanya, ia bagi membantu mengesan, mencegah dan mengurus risiko salah guna kuasa serta penyelewengan secara lebih sistematik dan berkesan.

“Inisiatif berkaitan boleh diperluaskan kepada industri dan pemegang taruh berkaitan. Usaha ini dijangka meningkatkan kesiapsiagaan kedua-dua agensi dalam menangani risiko rasuah dan salah laku yang semakin kompleks, di samping menyokong akauntabiliti serta penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan,” katanya hari ini.

MCMC berkata, selaras dengan peranannya sebagai penggerak ekosistem komunikasi dan multimedia negara, pihaknya akan terus memainkan peranan pemudah cara dalam memperluas sinergi antara agensi ke arah budaya kerja yang lebih telus.

“Ia sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat, industri dan pelabur terhadap institusi awam serta ekosistem komunikasi dan multimedia negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post MCMC, SPRM perluas kerjasama penguatkuasaan, pencegahan rasuah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved