Biadab, tiada hormat! MCMC siasat video AI manipulasi detik duka Tun M

LocalTechnology
2 Oct 2026 • 3:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti penyebaran kandungan di media sosial yang didakwa menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memanipulasi rakaman detik duka bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad susulan pemergian isterinya, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

MCMC menerusi kenyataan pada Jumaat memaklumkan pihaknya memandang serius penyalahgunaan teknologi berkenaan kerana manipulasi terhadap rakaman sebenar berpotensi mengelirukan orang ramai selain mengubah konteks sesuatu kejadian.

Menurut suruhanjaya itu, perbuatan tersebut juga boleh menjejaskan maruah individu serta keluarga, terutama apabila kandungan yang dimanipulasi membabitkan situasi kehilangan dan kesedihan.

“AI yang digunakan untuk memanipulasi rakaman sebenar boleh mengelirukan orang ramai, mengubah konteks serta menjejaskan maruah individu dan keluarga, lebih-lebih lagi dalam suasana kehilangan dan kesedihan,” katanya.

Image from: Biadab, tiada hormat! MCMC siasat video AI manipulasi detik duka Tun M

MCMC berkata, pihaknya sudah menghubungi platform media sosial berkaitan dan sedang meneliti kandungan berkenaan.

Sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang, tindakan boleh diambil mengikut peruntukan berkaitan termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Pada masa sama, orang ramai diingatkan supaya tidak menghasilkan, memuat naik atau menyebarkan kandungan yang dimanipulasi menggunakan AI sehingga boleh mengelirukan atau menjejaskan pihak lain.

“MCMC mengingatkan bahawa teknologi AI mempunyai manfaat yang besar, namun penggunaannya perlu disertai tanggungjawab agar teknologi tidak digunakan untuk memutarbelitkan kebenaran atau mengeksploitasi kesedihan seseorang sehingga mengorbankan maruah dan nilai kemanusiaan,” menurut kenyataan itu.

Image from: Biadab, tiada hormat! MCMC siasat video AI manipulasi detik duka Tun M

Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur sebelum dikebumikan di Pusara Negara, Putrajaya.

Sumber: Sinar Harian (Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved