[TERKINI] Sidang Media Menteri Pertahanan

LocalPolitics
23 Feb 2021 • 5:31 PM MYT
Newswav
Newswav

Newswav

(PUTRAJAYA, Februari 23) Pagi tadi, Menteri Pertahanan kita Ismail Sabri telah mengadakan sidang media untuk menerangkan SOP bagi kawasan PKP dan PKPB.

Beliau menyebut bahawa walaupun kes telah melonjak awal tahun ini, tetapi dengan PKP yang dilaksanakan, kes juga menurun dengan ketara. Lebih ramai orang juga mula mematuhi SOP dan ia telah menyumbang kepada pengurangan kes positif.

Beliau juga menyebut bahawa adanya sebilangan rakyat yang masih keliru dengan SOP had perjalanan 10KM. Beliau menjelaskan bahawa rakyat boleh membuat perjalanan melebihi 10KM, tetapi perentasan daerah atau negeri masih dilarang.

Walau bagaimanapun, perentasan wilayah dan negeri masih dibenarkan jika terdapat kebenaran dari PDRM.

Beliau juga menambah bahawa mereka yang telah dikompaun sebab melanggar SOP dapat membuat rayuan kepada pihak berwajib. Kompaun RM1,000 sebenarnya adalah jumlah maksimum yang boleh anda dikompaun, dan rakyat dibenarkan merayu kompaun tersebut dikurangkan.

Sedang dikemaskini...