MDEC ambil tindakan batal status Malaysia Digital pengendali Network School

LocalTechnology
21 Jul 2026 • 11:49 PM MYT
Twentytwo13
Twentytwo13

Twentytwo13 brings you insights on issues that matter to the people.

MDEC ambil tindakan batal status Malaysia Digital pengendali Network School

KUALA LUMPUR: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sedang mengambil tindakan segera untuk membatalkan status Malaysia Digital (MD) yang diberikan kepada NS0 Malaysia Sdn Bhd.

Langkah tersebut diambil susulan keputusan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang membatalkan lesen perniagaan syarikat berkenaan yang mengendalikan Network School di Forest City, Johor.

Menurut MDEC, syarat-syarat yang ditetapkan bagi pemegang status MD mewajibkan sesebuah syarikat memperoleh permit serta lesen yang berkaitan bagi menjalankan aktiviti yang diluluskan, selain mematuhi semua peraturan dan syarat pelesenan yang berkuat kuasa.

“Pembatalan lesen perniagaan NS0 Malaysia merupakan suatu ketidakpatuhan terhadap syarat ini. Sehubungan itu, MDEC sedang mengambil tindakan segera untuk membatalkan status MD terhadap syarikat terbabit.

“MDEC sentiasa mengalu-alukan pelaburan digital berkualiti ke Malaysia, namun pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang dan peraturan negara tidak boleh dikompromi,” tegas agensi itu dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi satu hantaran di laman Facebook menggesa Kementerian Digital dan MDEC agar mengambil tindakan sewajarnya terhadap status MD atau sebarang pengiktirafan yang telah diberikan kepada organisasi berkenaan sekiranya terbukti wujud ketidakpatuhan syarat.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo pada 20 Julai lalu memaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan MDEC untuk memantau aduan yang diterima dan membentangkan laporan kepadanya.

“Proses (pemantauan) ini bukan sahaja terpakai kepada Network School, tetapi terhadap semua entiti. Kita mesti mendaulatkan undang-undang negara,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved