Media China Lapor Lisa BP & Frédéric Arnault Sudah Berpisah?

6 Nov 2023 • 9:59 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Meskipun belum disahkan namun, ada banyak bukti yang menyatakan Lisa BLACKPINK sedang bercinta dengan CEO kaya, Frédéric Arnault.

Namun baru-baru ini, media China iaitu Sohu News telah memuat naik satu artikel bertajuk ‘Anak lelaki ketiga Louis Vuitton tidak berpuas hati dengan persembahan Lisa di Crazy Horse dan sengaja menjauhkan diri daripadanya’.

Khususnya, artikel itu menyebut bahawa Frédéric Arnault tidak berpuas hati dan kecewa dengan keseluruhan persembahan kabaret Lisa di Crazy Horse, pada September lalu.

Selain itu, terdapat juga maklumat yang menyatakan bahawa lelaki itu sengaja menjauhkan diri dari Lisa ketika di kelab tersebut dan melaporkan bahawa mereka berdua sudah pun berpisah kini.

image is not available

Sebelum ini, Frédéric telah datang ke China untuk pengembangan perniagannya dan ada beberapa peminat yang bertanya tentang Lisa kepadanya. Namun, dia hanya memberikan reaksi dingin, menunjukkan bahawa lelaki itu sepertinya tidak mengambil berat tentang ‘kekasih’nya itu lagi.

Bagaimanapun, masih belum ada kesahihan mengenai dakwaan di atas, memandangkan YG Entertainment sendiri tidak pernah mengesahkan tentang hubungan percintaan mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.