Akaun Media Sosial China Lisa Blackpink Tidak Boleh Diakses, Diboikotkah?

3 Nov 2023 • 1:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Akaun media sosial versi China milik Lisa Blackpink iaitu di Weibo dilaporkan tidak lagi dapat diakses atau telah ‘hilang’ hanya beberapa minggu selepas kontroversi yang melanda dirinya.

Akaun rasmi dengan nama  @lalalalisa_m didapati sudah hilang sejak beberapa hari lalu dengan alasan telah menerima aduan melanggar undang-undang.

“Akaun ini tidak boleh diakses kerana aduan melanggar undang-undang dan peraturan seperti yang relevan dengan Weibo Community Management Regulations,” tulis kenyataan yang tertera pada akaun tersebut.

Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah jenis aduan yang diterima Weibo sehingga menyekat akaun penyanyi kelahiran Thailand tersebut.

Sebelum ini tindakan Lisa muncul di sebuah kelab satira dan terkenal dengan tarian erotik, Crazy Horse di Paris telah menimbulkan pelbagai persepsi.

Tindakan Lisa membuat persembahan di kelab tersebut disifatkan tidak bermoral sehingga peminat-peminatnya di Asia terutama Korea Selatan dan China mahu memboikot wanita itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved