Mesti ramai kan yang tengah layan drama “Lovely Runner” sekarang?
Untuk pengetahuan, “Lovely Runner” yang diterajui Byeon Woo-seok dan Kim Hye-yoon, mengisahkan tentang seorang gadis bernama Im Sol yang kembali ke masa silam untuk menyelamatkan Ryu Sun-jae, seorang penyanyi idola yang ingin mengambil nyawanya sendiri.
Terbaru menurut laporan, media mendedahkan bahawa pada mulanya, “Lovely Runner” bukanlah drama yang dinanti-nantikan dalam pasaran sehingga mengambil masa 3 tahun untuk dihasilkan.

Tambahan, beberapa pelakon lelaki dilapor telah menolak tawaran untuk muncul dalam drama ini kerana menyangka ia hanyalah kisah cinta peminat K-Pop yang tidak terbalas.
Setelah melalui pelbagai kesukaran, Byeon Woo-seok satu-satunya yang bersetuju untuk membintangi naskhah ini dan penerbitan drama tersebut akhirnya bermula.
Nampaknya, Byeon Woo-seok membuat pilihan tepat kerana “Lovely Runner” berjaya menerima komen positif dari penonton dan meraih rating memuaskan mencecah 4.5%.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Media Dedah Ramai Pelakon Lelaki Tolak Tawaran Muncul Dalam ‘Lovely Runner’ Atas Sebab INI first appeared on KimchiDaily.my.

