Media Indonesia ‘Pelik’ Dengan Harimau Malaya

FootballSports
23 Jun 2025 • 2:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Media Indonesia ‘Pelik’ Dengan Harimau Malaya

“Sudah hantar jemputan rasmi, menunggu untuk melangsungkan perlawanan tetapi tidak bersetuju untuk bermain.”

Itulah kekecewaan yang dilontarkan Indonesia selepas permintaan mereka untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang Harimau Malaya pada September ini tidak mendapat persetujuan daripada pihak Malaysia.

Menurut laporan media Indonesia seperti dilapor Stadium Astro, pihak Indonesia sudah menghantar jemputan rasmi dan hanya menunggu persetujuan bagi melangsungkan aksi tersebut.

Namun, keputusan Harimau Malaya untuk tidak menerima pelawaan itu nyata mengecewakan mereka.

Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir, dilaporkan berhasrat menganjurkan perlawanan tersebut sebagai persiapan menjelang kempen masing-masing.

Namun, perancangan itu terpaksa dilupakan selepas ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski, memilih untuk mengikut pelan persediaan yang telah ditetapkan lebih awal.

Untuk info, September nanti merupakan bulan yang padat buat kedua-dua pasukan.

Skuad Indonesia kendalian Patrick Kluivert bakal beraksi dalam pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026, manakala Malaysia pula akan menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2027.

Sementara itu, video yang tular di TikTok menunjukkan media Indonesia secara terbuka mengkritik keputusan Malaysia yang dikatakan lebih memilih menyertai Kejohanan Piala Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) yang dijadual berlangsung dari 26 Ogos hingga 9 September.

“Bukan kerana Malaysia takut kepada Indonesia, malah takut jika mereka menang,” ujarnya.

Penyertaan Malaysia dalam Pestabola Merdeka 2024 yang bakal membabitkan pasukan-pasukan kuat seperti Oman, Kyrgyzstan, Tajikistan, Uzbekistan, Afghanistan serta pasukan nombor dua terbaik Asia, Iran (ranking ke-18 dunia), merupakan satu perkembangan yang positif.

Ia dilihat sebagai peluang terbaik untuk menguji kekuatan skuad negara yang kini berada dalam fasa pembangunan semula bola sepak.

Untuk rekod, Harimau Malaya dan Indonesia kali terakhir bertemu dalam saingan peringkat kumpulan Piala AFF 2021. Sejak itu, belum ada sebarang pertemuan semula antara kedua-dua pasukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved