Mediasi saman tiga pemimpin DAP terhadap Dr Siti Mastura gagal

Politics
15 May 2024 • 2:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
SN Nair (tengah) bercakap dengan media selepas proses mediasi di Mahkamah Tinggi George Town pada Rabu.

GEORGE TOWN - Kes saman fitnah tiga pemimpin DAP terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Mohamad gagal diselesaikan melalui proses mediasi di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.

Peguam yang mewakili ketiga-tiga pemimpin DAP itu, Datuk SN Nair berkata, kedua-dua pihak tidak mencapai kata persetujuan dalam proses mediasi itu.

Sehubungan itu, kes akan dibicarakan pasda 2 September ini di Mahkamah Tinggi George Town.

Sebelum ini, tiga pemimpin DAP menyaman Dr Siti Mastura berhubung ucapannya dalam ceramah pada Pilihan Raya Kecil Kemaman, yang mana saman tersebut difailkan secara berasingan oleh Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; bapanya, Tan Sri Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim selaku plaintif pada 27 November tahun lalu.

AKAN MENYUSUL

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!