MediaTek Dimensity 7050 Dilancarkan – Cip Dengan Teknologi 6nm Dan Kamera 200MP

TechnologyDigital
2 May 2023 • 1:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dalam diam, MediaTek kini hadir dengan satu lagi cip pemprosesan baharu menerusi Dimensity 7050. Pada dasarnya ia adalah penjenamaan semula untuk Dimensity 1080 dengan teknologi dan spesifikasi yang sebahagian besarnya dilihat sama.

image is not available

Melaluinya ia dihasilkan dengan teknologi 6nm, selain turut mengekalkan konfigurasi konfigurasi dua teras Cortex-78 pada kelajuan 2.6GHz dan enam teras Cortex-A55 pada 2.0GHz. Ini dipadankan pula dengan GPU Arm Mali-G6, memori berasaskan LPDDR5 dan storan UFS3.1. Sistem kecerdasan buatan AI processing unit 3.0 (APU 3.0) turut disertakan sekali pada cip ini.

Kemudian resolusi skrin pula FHD dengan kadar segar semula mencapai 120Hz, di samping juga menyokong sistem kamera sehingga 200MP serta rakaman video sehingga 4K @ 30FPS. Lain-lain spesifikasi termasuklah rangkaian 5G Sub-6Ghz, WiFi 6, GNSS serta bluetooth 5.2. Realme dijangka menjadi antara yang terawal menggunakan cip ini pada peranti baharu mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved