Mediatek Dimensity 7450 dan Dimensity 7450X Dilancarkan Untuk Peranti Kelas Permulaan

TechnologyDigital
29 Apr 2026 • 3:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cip MediaTek Dimensity 7450 dan Dimensity 7450X dilancarkan sebagai kemas kini kepada Dimensity 7400 dan 7400X. Kedua-duanya adalah cip kelas permulaan yang dihasilkan menggunakan teknologi 4nm.

image is not available

Kedua-duanya hadir dengan CPU 8 teras menerusi konfigurasi 4x Cortex-A78 2.6 GHz dan 4x Cortex-A55 2.0 GHz dengan GPU Mali-G615 MC2. Kemampuan AI pula adalah 7% lebih tinggi berbanding cip generasi terdahulu. Terdapat sokongan untuk memori LPDDR5 dan LPPDR4x serta storan UFS 2.2 dan UFS 3.1. Ciri lain ialah sokongan kamera 200MP, bluetooth 5.4, Wi-Fi 6E dan rangkaian 5G sehingga 3.27Gbps.

Perbezaan antara Dimensity 7450 dan Dimensity 7450X ialah Dimensity 7450X direka untuk peranti skrin lipat dengan kemampuan lain semuanya berpadanan. Pada waktu ini masih tiada peranti yang disahkan akan menggunakan cip ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved