MediaTek Dimensity 7500 turut dilancarkan hari ini bersama dengan Dimensity 8550. Cip ini ialah untuk peranti Android kelas pertengahan dihasilkan menggunakan teknologi 4nm dilengkapi 4× Arm C1 Pro hingga 2.6GHz, 4× C1 Nano hingga 2.0GHz, GPU Arm Mali‑G625 MC2 dan NPU MediaTek NPU 850. Ia adalah kemas kini untuk cip Dimensity 7400.

Sokongan untuk modul RAM LPDDR5 6400Mbps dan storan UFS 3.1 disertakan. Dari sudut kamera pula ia dilengkapi ISP Imagiq 1050 yang boleh menyokong kamera sehingga 200MP. Sementara itu skrin 1344×2800 pixel dengan kadar segar semula 144Hz turut boleh digunakan.
Rangkaian yang disokong pula ialah 5G, Wi‑Fi 6E, dan tambatan Bluetooth 5.4. MediaTek mengatakan 7500 adalah 30% lebih pantas menukar aplikasi, 19% lebih baik dalam melancarkan permua, pemindahan data 40% lebih pantas dan kecekapan bateri 9% lebih baik berbanding Dimensity 7400.
Peranti terawal menggunakan DImensity 7500 ialah Redmi Note 17 Pro Max.



