Laman Korporat Lenovo “Mengesahkan” Komputer Riba Yang Dikuasakan Cip NVIDIA N1X Akan Diperkenalkan Kelak

TechnologyDigital
25 May 2026 • 3:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Laman Korporat Lenovo “Mengesahkan” Komputer Riba Yang Dikuasakan Cip NVIDIA N1X Akan Diperkenalkan Kelak

NVIDIA dijangka akan memperkenalkan penawaran siri cip pemprosesan mereka sendiri yang dinamakan NVIDIA N1 yang merupakan sebuah cip pemprosesan berasaskan Arm yang dihasilkan dengan kerjasama MediaTek dan terdiri daripada model NVIDIA N1 dan juga N1X, dan melihat kepada beberapa laporan sebelum ini juga, beberapa jenama komputer riba akan tiba dengan cip pemprosesan tersebut.

Terkini, nampaknya Lenovo merupakan jenama yang mungkin paling “bersedia” untuk memperlihatkan penawaran terbaru daripada NVIDIA ini, dimana laman web korporat mereka telah memperlihatkan penawaran komputer riba dengan cip tersebut.

Image from: Laman Korporat Lenovo “Mengesahkan” Komputer Riba Yang Dikuasakan Cip NVIDIA N1X Akan Diperkenalkan Kelak

Butiran ini memperlihatkan pilihan untuk laman produk yang akan hadir dengan penawaran cip pemprosesan NVIDIA N1 dan N1X, dan dengan laporan-laporan sebelum ini yang memperlihatkan model Lenovo IdeaPad dan Yoga, ia juga kini sedikit sebanyak mengesahkan bahawa penawaran komputer riba dengan cip pemprosesan ini akan diperilhatkan sewaktu acara Computex Taipei yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Setakat ini, tidak banyak butiran yang diketahui lagi mengenai cip pemprosesan ini, kecuali bahawa ia akan hadir dengan dua penawaran model cip pemprosesan, termasuklah NVIDIA N1 dan NVIDIA N1X, yang mana model N1X dijangka hadir dengan kemampuan pemprosesan yang bukan sahaja hebat, tetapi juga kebolehan gaming setanding dengan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5070.

Seperti biasa, kami akan ke Taiwan untuk acara Computex Taipei, dan akan memperlihatkan penawaran-penawaran perkomputeran dan elektronik terbaru di acara tersebut.

[sumber]VideoCardz[/sumber]