Meerqeen Akui Serba Salah Bila Digosipkan Bercinta Dengan Ameera Khan

30 Nov 2023 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Meerqeen mengakui berasa pelik kerana sering dituduh sebagai ‘playboy’ oleh segelintir netizen gara-gara dirinya kerap digandingkan dengan wanita berbeza bagi sebarang projek yang dijayakan.

Terbaharu, Meerqeen dikatakan rapat dengan Ameera Khan, iaitu adik kepada usahawan selebriti Neelofa dan Noor Nabila.

Pelakon siri Nenek Bongkok Tiga ini berkata, hubungan baiknya dengan beberapa selebriti wanita, termasuk Ameera Khan tidak lebih sekadar kawan dalam industri.

“Saya kenal dengan Ameera sejak 2019, kita ada sesi penggambaran untuk brand besar masa tu. Kami kenal dan saya kenal mak dia juga.

“Takkan apabila kami digandingkan untuk sesi fotografi atau memenuhi undangan sesuatu majlis, terus kami dicop mempunyai hubungan istimewa.

“Saya tahu batas dalam pergaulan dan perlu menghormati persahabatan saya dengan rakan artis lain. Saya jadi serba salah apabila timbul gosip seperti ini,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Meerqeen berkata, dia tidak gemar apabila perihal kerjaya dicampur adukkan dengan soal peribadi.

“Saya tidak suka mencampur adukkan hal peribadi dengan kerjaya. Fokus saya sekarang hanya mengkukuhkan kerjaya kerana banyak lagi yang belum saya capai sebagai pelakon,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Meerqeen memaklumkan yang dia bakal muncul menerusi dua buah filem iaitu Harimau Malaya dan Klepet.

image is not available