Meerqeen beli kereta mewah Mercedes Benz ke-2 bernilai lebih setengah juta

Cars
13 Jul 2024 • 1:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelakon sedang meningkat naik, Meerqeen beli kereta mewah Mercedes Benz kedua dengan harga mencecah lebih setengah juta pada Jumaat lalu.

‘Angkat’ kereta baru

Menerusi posting yang dibuat oleh ahli perniagaan, Irenee Deanna, dia telah berkongsi video sewaktu Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23 berurusan untuk mengambil kereta miliknya.

image is not available

Meerqeen beli kereta mewah, Mercedes Benz model C63 jadi pilihan

Dalam hantaran tersebut, Irene mengucapkan terima kasih kepada pelakon berkenaan kerana menyokong Utama Motor dengan membeli kereta jenis Mercedes Benz model C63.

Ujarnya, dia sangat bangga melihat kejayaan Meerqeen di usia muda dan mampu membeli kereta idaman dengan hasil keringat sendiri.

image is not available

Meerqeen beli kereta mewah, urusan tak sampai sebulan

Meerqeen yang hadir bersama keluarganya juga mengatakan akhirnya dia mendapatkan ‘buah hati’ idamannya yang selama ini diimpikan.

Jelasnya, berurusan dengan Utama Motor sangat mudah apabila tidak sampai sebulan semuanya sudah selesai.

“Saya dapat ‘buah hati’ saya, akhirnya!”

“Saya berurusan untuk dapatkan kereta ini tak sampai sebulan, memang puas hati!” katanya.

image is not available

Difahamkan, kereta terbabit bernilai lebih kurang RM600,000 dan merupakan kereta mewah kedua yang dimilikinya.

Sebelum ini, pelakon drama Cinta Untuk Sekali Lagi telah memiliki sebuah kereta jenis u Mercedes Benz model G Wagon yang bernilai RM1.5 juta pada November tahun lalu.

Dia juga pernah menyuarakan hasrat menghadiahkan sebuah kereta untuk adiknya yang memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu apabila mendapat 9A untuk subjek yang diambil.

Sumber: Instagram ireene.eanna