Meerqeen Perjelas Dakwaan Bercuti Di Bali Bersama Ameera Khan - “Saya Tak Tahu Dia Berada Di Sana”

5 Sep 2024 • 5:37 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Meerqeen menjawab dakwaan bercuti bersama personaliti media sosial, Ameeera Khan di Bali, Indonesia baru-baru ini.
 

Hanya kebetulan




“Jadi apa salahnya, jika saya muat naik gambar ketika di set penggambaran tersebut. Tiba-tiba Ameera pun memuat naik juga gambarnya di Bali. Tetapi saya tidak tahu keberadaannya di sana.

“Saya kongsikan gambar tersebut sebab pihak produksi buat set itu sama seperti Bali. Tak ada kena mengena dengan Ameera,” katanya ketika ditemui Gempak.



Perlu jelaskan demi jaga nama baik Ameera


“Saya tak ada niat untuk cetuskan spekulasi tapi bila orang kaitkan dengan saya, saya terkejut.

“Apa yang saya buat semuanya menjadi buah mulut orang. Saya tak kisah apa pun yang orang cakap, tapi saya perlu jelaskan demi menghormati Ameera.

Status hubungan dengan Ameera


“Saya dengan dia hanya berkawan, saya kenal dia dari saya mula masuk industri lagi. Kami pernah menjalani sesi fotografi bersama. 

“Selepas itu kami baru mula berkawan namun perhubungan kami tidak lebih daripada itu,” jelasnya.


“Semua perkara yang saya buat, saya harus ambil langkah berjaga-jaga. Ada yang perlu dibuat, ada yang tidak.

“Orang boleh bercakap apa yang mereka mahu bercakap,” ujarnya