
Pelakon Meerqeen menafikan dakwaan bercium dengan aktres Mimi Lana di sebuah kelab malam seperti yang tular baru-baru ini.
Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam,22, berkata, dia tidak akan melakukan perkara seumpama itu bersama Mimi yang dianggap sebagai rakan selebriti.
"Saya tak layan apa-apa yang keluar di media sosial sehingga boleh menjejaskan kerjaya saya. Ketika kontroversi itu timbul saya tiada di Kuala Lumpur pun kerana terbabit dengan sebuah penggambaran.
"Malah saya terkejut apabila terbaca mengenai gosip itu. Ia tidak berlaku langsung.
"Bodohlah saya jika saya melakukan hal sedemikian. Sebab itu saya tak ambil peduli langsung mengenai perkara itu,"katanya kepada Gempak.

