Meet Your Idol: Aisha Retno Pernah Rasa Tidak Diterima, Kecewakan Keluarga - "Ketika Itu Saya..." 

1 Nov 2026 • 7:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Meet Your Idol: Aisha Retno Pernah Rasa Tidak Diterima, Kecewakan Keluarga - "Ketika Itu Saya..." 

Penyanyi dan komposer, Aisha Retno mengakui pernah melalui fasa sukar dalam kehidupannya sehingga timbul perasaan seolah-olah dirinya tidak diterima oleh masyarakat mahupun penggiat industri muzik.Menurut Aisha, pengalaman tersebut membuatkan dia berasa kecewa terhadap diri sendiri, apatah lagi apabila merasakan dirinya turut mengecewakan keluarga dan peminat yang sentiasa memberikan sokongan.“Saya pernah berada di satu titik yang membuatkan saya rasa seperti tidak pernah diterima langsung oleh masyarakat atau orang dalam industri.“Saya pernah mengecewakan keluarga dan peminat. Ketika itu, saya rasa industri muzik ini bukan untuk saya kerana semuanya terlalu berat untuk dihadapi,” katanya kepada Daniel Cheang sewaktu pengambaran siri Meet Your Idol.Tambah pelantun lagu W.H.U.T itu, dia dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mempunyai sistem dan pegangan yang kuat.Bagaimanapun, apabila semakin dewasa, dia mempunyai keinginan untuk menentukan haluan sendiri serta mengejar perkara yang benar-benar diminatinya.Namun, perjalanan tersebut bukanlah mudah apabila ada pihak yang kurang yakin dengan potensi dimilikinya, malah ada juga yang menganggap impiannya terlalu besar.“Saya dibesarkan dalam sistem keluarga yang cukup kuat, tetapi apabila kita semakin dewasa, kita hanya mahu mengikut apa yang kita minat.“Kadangkala ada orang yang tidak percaya dengan potensi kita. Ada juga yang merasakan kita terlalu melebih-lebih apabila mahu melakukan pelbagai perkara.“Situasi itu membuatkan saya tertanya-tanya, apa yang saya buat selama ini tidak cukupkah?” ujarnya.Bagaimanapun, Aisha percaya setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri dan mungkin ketika itu kejayaan yang diharapkan masih belum menjadi rezekinya.“Namun, saya rasa mungkin pada ketika itu Allah belum lagi mahu memberikan kejayaan yang kita perlukan,” katanya lagi. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved