MEF Gesa Majikan Swasta Beri Tuala Wanita Percuma, Tangani Kemiskinan Haid

13 Dec 2022 • 9:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Syed Hussain Syed Husman - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa majikan swasta berganding bahu bersama-sama Kementerian Kesihatan (KKM) dalam melaksanakan inisiatif pemberian tuala wanita secara percuma kepada pekerja wanita bagi menangani isu kemiskinan haid.

Presidennya Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata golongan wanita turut sama menggembleng tenaga menyumbang ke arah peningkatan ekonomi keluarga dan negara.

“Justeru penjagaan kesihatan wanita di negara ini perlu dititikberatkan dan seharusnya bermula dari penjagaan asas diri seperti kebersihan sewaktu haid,” katanya dalam kenyataan semalam.

MEF turut menyokong supaya kempen dan program pemberian tuala wanita secara besar-besaran oleh KKM diberikan peruntukan khusus dalam Bajet 2023.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa hari ini dilaporkan berkata KKM bakal memulakan inisiatif pemberian tuala wanita percuma bagi menangani isu kemiskinan haid di negara ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved