“Inisiatif bagus tapi…” – Menteri Kesihatan Dikritik, Beri Tuala Wanita Percuma Di KKM

Entertainment
12 Dec 2022 • 2:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui berkenaan kemiskinan haid yang berlaku di banyak negara di dunia termasuklah di Malaysia.

Menurut sumber, kemiskinan haid adalah situasi di mana seseorang wanita itu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kelengkapan haid seperti tuala wanita atau tampon akibat kemiskinan atau beban kewangan.

Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan bajet bagi menangani isu tersebut khusus buat rakyat di negeri itu.

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi menterinya Dr Zaliha Mustafa memberitahu kementerian tersebut juga akan melakukan inisiatif yang sama bagi membantu membanteras kemiskinan haid rakyat Malaysia.

Namun, kenyataannya itu menimbulkan persoalan ramai kerana Dr Zaliha menyatakan beliau akan memulakan inisiatif tersebut di KKM, lebih tepat lagi di tandas pejabat menteri.

“Saya sebagai Menteri Kesihatan wanita yang pertama, saya rasa elok kita mulakan inisiatif ini di KKM sendiri.

Dan kita akan mulakan di tandas Pejabat Menteri, iaitu kita akan berikan tuala wanita percuma” katanya.

Perkara itu membuatkan ramai rakyat Malaysia tidak puas hati dan merasakan perkara tersebut bercanggah dengan tujuan yang sepatutnya membantu wanita-wanita yang kurang berkemampuan.

image is not available

Walau bagaimanapun, ada juga pihak yang memuji inisiatif tersebut namun ianya dilihat sebagai sesuatu yang perlu diselidik dengan lebih lanjut.

Korang rasa macam mana pulak?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.