Megapseed Dimasukkan Ke Dalam Senarai Entiti – Dihalang Beli Cip AI

LocalTechnology
24 Nov 2026 • 12:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jabatan Perdagangan AS telah memasukkan Megaspeed ke dalam senarai entiti semalam yang menyenaraihitamkan (blacklist) syarikat daripada membeli cip kecerdasan buatan (AI) canggih buatan Amerika Syarikat. Tindakan diambil selepas menerima kritikan daripada penggubal undang-undang dan pegawai pentadbiran AS mengenai aktiviti syarikat itu.

Secara keseluruhan tujuh syarikat di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand dimasukkan ke dalam senarai entiti kerana risiko ia boleh membekalkan cip kepada pembeli yang diharamkan. Dua syarikat tersebut ialah MSFusion Sdn Bhd dan Speedmatrix Sdn Bhd.

Image from: Megapseed Dimasukkan Ke Dalam Senarai Entiti – Dihalang Beli Cip AI

Serentak dengan tindakan Jabatan Perdagangan AS, Singapura memulakan siasatan ke atas Megaspeed yang berpangkalan di Singapura serta mempunyai pejabat di Malaysia. Megaspeed terpalit dengan dakwaan menyeludup cip AI canggih keluaran NVIDIA ke China bagi memintas sekatan teknologi yang diperkenalkan ketika pentadbiran Presiden Biden.

Bulan lalu CEO NVIDIA Jensen Huang meletakkan jawatan kerana mempunyai hubungan sulit dengan Alice Huang yang bertugas sebagai eksekutif di Megaspeed. Alice Huang didakwa adalah perisik yang bertugas untuk kepentingan China dan menggunakan hubungan beliau dengan Jensen bagi mendapatkan bekalan cip.

Sungguhpun siasatan penuh belum habis dilakukan, Jensen Huang kembali semula sebagai CEO semalam dalam keputusan mengejut dilakukan oleh lembaga pengarah syarikat 11 hari selepas meletakkan jawatan.

Megaspeed sebelum ini menyatakan bahawa ia menjalankan perniagaan yang sah dan mematuhi kawalan eksport Amerika Syrarikat.

Sumber – Reuters

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved