“Mek Dah Tak Sakit..”- Pernah Tular Di TikTok, Nenek Esah Meninggal Dunia

16 Mar 2025 • 7:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang warga emas yang dikenali ramai sebagai ‘nenek online’, Nenek Esah meninggal dunia pada petang Jumaat dan perkara tu dimaklumkan oleh cucunya sendiir menerusi satu hantaran di TikTok.

Menerusi hantaran tersebut, cucu Nenek Esah yang dikenali Aliff Haikal berkata, neneknya iaitu Esah Hamat telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5 petang.

Warga emas yang berusia dalam lingkungan 100 tahun itu telah pergi meninggalkan enam anak, 56 cucu, 101 cicit serta 12 piut.

Nenek Esah Meninggal Dunia

image is not available

“Mek (Nenek Esah) dah tak sakit, dah tak perlu makan ubat. Al-Fatihah buat Esah binti Hamat,”tulis cucunya ringkas berserta video memori mereka bersama.

image is not available

Al-fatihah..

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan ucapan takziah serta doa.

image is not available image is not available image is not available

Allahyarhamah sering mendapat perhatian dalam TikTok kerana gelagatnya bersama cucu dikenali sebagai Aliff Haikal.

Pemergian arwah dikongsikan oleh Aliff Haikal melalui hantaran dalam TikTok, semalam, yang mendapat lebih 500,000 tontonan.

Sumber: TikTok alif_haika1